Sunday, February 20, 2011

1 prospek jd 3

Td ada 1 prospek business kt kolej Dahlia 2 UiTM Arau.Mula2 sorg,pastu jd 2,pastu jd 3.Alhamdulillah lah kan.But aku x puas hati dgn keje aku td.Byk gak info yg tertinggal nk bgtau prospek.Tp xpa,take it as the process of learning.Ape kata org,practice make perfect! sekarang baru aku pcaya.. :-)

Hmm sekarang byk keje2 bab Study yg aku kna settle kan.Business kna slow dlu.Tp bukan bermaksud aku xda komitmen untuk business.Cuma itu kena letak level ke-2 terpenting.Kang pulun business lebih2 study kucar kacir xnak lah jd mcm tu. Biar balance..

Pengajaran untuk hari ini: Buat lah persediaan awal walau anda rasa anda yakin.Preparation can help us become a winner.

Friday, February 18, 2011

Hidup ku,Pemimpin & Pengalaman..

Bercakap mengenai leader atau dlm bhasa melayu nye pemimpin. Pemimpin mempunyai pengaruh besar dlm mempengaruhi minda seseorang.Tp bkn senang nk jd seorang pemimpin yg di segani dan dihormati setiap orang. Ada pemimpin yg tak fikir langsung perasaan org lain,dan ada juga pemimpin yg sgt mengambil tau kebajikan pengikutnya. Persoalannya: yang mana lebih disegani?yang mana lebih berkualiti?

Bukan senang menjadi pemimpin.Setiap gerak geri kita diperhatikan.Sedikit kesilapan akan menjadi isu besar.Sedikit kekurangan boleh membuat org hilang respect pd kita.

Layak ke aku mnjadi leader?
Sebenarnya aku pun x berapa pasti akan tahap kemampuan aku untuk mnjadi seorang pemimpin.Aku terlalu bermurah hati dan terlalu memikirkan kabajikan org sekeliling aku.Adakah itu 1 sifat yg positif?Ya mungkin..
Setiap manusia ada kelebihan tertentu yg kdg kala kita lambat dpt menilai nya.Lambat muncul sbb x di asah.
Kesimpulan nya,cuba lah banyak perkara baru.Pengalaman adalah sesuatu yg sgt berharga yg x dpt dibeli di pasar borong. Harga sesuatu pengalaman tu lebih berharga dr emas dan permata.

Nak ikutkan pengalaman aku dlm business,mcm2 ade..tp semua kecil-kecil lan aje.Yg pnting aku dh cuba dan ada pengalaman yg x dpt diungkap dgn kata-kata.Antara business yg pernah aku cuba dan ambil risiko sorg2:
1- Jual dadih kt kantin sekolah kakak aku
2-Jual kuih raya (masak sendiri)
3-Jual burger & keropok lekor dpn rumah
4-Buka tuition matematik & Bahasa Inggeris darjah 1-6 kt rumah

Ni plak senarai  keje mkn gaji yg aku penah buat:
1-Promoter kt The store shah alam (Snails department)
2-Cashier kt Tesco Sg.Dua Pulau Pinang
3-Keje kt kedai kasut dan beg kt kuala kgsar.smpai kena pecat.haha
Rasenye ada lg,tp aku pun dh x ingat..hehe

Aku bleh keje ape aje.Tp tgk bos cane,suasana tmpat keje cane,gaji cane.Biasa la tu.Walau ape pun,cuba flexible kan diri tu sebaik mungkin.Jgn tau nak keje senang lenang,selesa,gaji byk.Ambik pengalaman.

Antara keje yg aku dh dpt pas hbs diploma:
1- Focus Point
2-Supervisor kt Parkson Ipoh (bahagian Customer Service)
3- Company International Property Consultans Penang

Alhamdulillah rezeki agak murah mase tu..tp gaji memg x bape memuaskan.So,aku decided utk smbung degree dlm Pemasaran.Kerane minat cenderung pd Perniagaan.Dalam perniagaan,Pemasaran adalah nadi utama untuk business tu berkembang dan maju.

Harapan utama aku pd hari ini,untuk maju dlm business networking aku.Biar pun skrg agak lambat pergerakan aku,aku yakin kejayaan akan menjadi milik aku 1 hari nant.Yang penting aku sedang menuntut ilmu dan mengumpul ilmu pengetahuan tntang business networking. 1 hari nant akan kuletupkan bila dh padat..

Tuesday, February 15, 2011

Tips Menjadi Pelajar Cemerlang | Skuad WaJA

business tetap business,tanggungjawab sebagai pelajar tetap diutamakan..

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah


Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-1. kita ingat 10 % apayang dibaca
-2. kita ingat 20% apa yang didengar
-3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.

-1. pastikan cahaya adalah terang
-2. kurangkan gangguan bunyi
-3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-5. kerusi dan meja menghadap kiblat
-6. jangan lupa untuk senyum
7. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
8. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
9. Tahu teknik merangsang memori:
-1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-3. mengingat kembali (recall)
-4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
10. Sentiasa awal dan mendahului:
-1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
-4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
13. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
14. Mempunyai teknik membaca yang betul:
-1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
-2. memberikan tumpuan sepanuhnya
-3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
16. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
17. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
18. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
19. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
20. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
21. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
22. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
23. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
24. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
25. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
26. Tahu petua mengulang kaji
-1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
-3. duduk tegak dikerusi yang selesa
-4. baca doa penerang hati
-5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
-6. fikir dan ingat kembali isi utama
-7. catat/lakar
-8. semak semula ketepatan maklumat
-9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
-10. buat rumusan
-11. jawab soalan
-12. tampal maklumat yang rumit di dinding
-13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
28. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
29. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
-1. jangan makan kepala ikan
-2. jangan makan organ dalaman
-3. jangan minum semasa makan
-4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-5. jangan melihat kemaluan
-6. jangan melihat buih
-7. jangan membaca nama pada batu nisan
-8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-10. banyakkan makan kekacang
-11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
-13. jangan kencing berdiri
31. Tahu kemahiran mengingat:
-1. tampal nota-nota penting di dinding
-2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
-3. gunakan kaedah akronim
-4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
33. Cekap mengatur jadual belajar:
-1. mempunyai jadual belajar
-2. patuh kepada jadual
-3. buat jadual yang boleh diikuti
35. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
36. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
37. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
38. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
39. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
40. Pelbagaikan tempat belajar.
41. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
42. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
43. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-1. taat kepada Allah
-2. mendirikan sembahyang
-3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-4. hormati & sayangi guru
-5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-7. membantu rakan yang memerlukan
-8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
-9. sentiasa bertawakal
-10. mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Semakin Yakin

Hari ni walau pun x bpe confident,aku beranikan diri juga g wat table talk sorang2. Tanpa back-up.Total 3 table talk utk hari ni. 1st,tolong seorg kwn dlm team 66 Eagle,2nd prospek aku sndiri,3rd prospek di jejawi tlg kwn2 juga (pegi 4 org sbb prospek lelaki). Dlm 3,dpt closing 2 org.Alhamdulillah. Satu pengalaman yg akan mengajar aku lebih ber "skill" masa bercakap. Bila dh buat,baru akan tau d mana kelemahan kite.Kalau harap org lain je smpai bila pun kite x boleh polish skill masing2. But,i'm happy today.It's a good day..

Bukan lah terlalu susah untuk bercakap sebenarnya. Cakap je ape rasa nak cakap. Lama-lama nanti mesti akan terbiasa dan cekap.Tp hari demi hari baiki setiap kelemahan dalam diri. Jangan belagak,sntiasa respect org lain.Practice make perfect! Just Try it..Brave..

1 kata-kata untuk dikongsi hari ni:
" PERUBAHAN YANG BESAR HANYA BERMULA DENGAN 1 PERUBAHAN KECIL."
 Renung-renungkan..  :-)

Sunday, February 13, 2011

Bermulanya 1 Perjuangan

Tanggal 26/01/2011 aku berjaya ajak kwn aku sertai aku dlm Shamelin. Dia merupakan kwn aku dr tadika,sekolah menengah,dan jmpe balik kt UiTM Arau.Jodoh agaknya asyek jumpe je. Kawan aku tu bernama Masitah Tarmizi. Tahniah kpd dia sbb terbuka hati untuk jd business partner aku.

Tanggal 07/02/2011 seorang lg kwn aku didaftarkan.Ini jugak kwn aku mase sekolah menengah-Mohamad Hanif. Alhamdulillah ini antara kawan yg mungkin percaya pd aku dan setuju jd business partner aku. Minat dan ingin mencuba juga mungkin salah 1 faktor mereka ni berjuang bersama aku.

Aku nak ucapkan syabas dan tahniah jika korang berdua sertai business networking ni sbb nampak apa yg aku nampak,dan ada semangat mcm aku ada. Semangat aku ni pun ada naik turun nya.Tp pandai2 sndiri la nk naik kan semangat masing2.Jgn mudah putus asa. Jangan buat separuh jalan. Orang lain boleh buat,kenapa kita tak boleh??THINK..Rezeki dtg tanpa di duga. Contoh BOP di kangar baru2 ni (12/02/2011 di Sri Garden Hotel) aku pun tak sgka aku dpt 9 org prospek.Tp kesemua 9 org tu setakat ni tak nmpk peluang yg ditawarkan dan tak terbuka hati nk ubah hidup mereka. Ada yg cakap kat aku skrg xda modal. Aku relax je sbb aku tak suke paksa2 org. Sebabnya aku pun tak suka dipaksa.

Sekarang aku ada 2 org business partner.Maka bermula lah tanggungjawab aku untuk berjuang dan memimpin mereka berdua setakat mana yang aku mampu.Andai kata aku berjaya dlm business networking ni,aku akan pastikan kwn2 aku ni berjaya jugak. Walau apa pun,komitmen korang memainkan peranan penting untuk berjaya. Usaha berterusan akan menghasilkan "long-term profit". Sikit2 lama2 jd bukit.Itu kita biasa dengar,tp tak praktik.betul tak? Mulai hari ni jum kita sama-sama praktik kan.

Akhir kata,
"KEJAYAAN TAK TERCIPTA DALAM MASA 1 HARI,1 MINGGU,ATAU 1 BULAN,TETAPI KEJAYAAN TERCIPTA SELEPAS KITA MENEMUI KEGAGALAN."

Saturday, February 12, 2011

Percaya pada kata hati

Blog ini diwujudkan adalah untuk melakarkan perkembangan hidup seorang anak gadis yang menurut kata hatinya untuk buat business Networking bersama Shamelin Bina.Anak syarikat Koperasi Shamalin,koperasi yg kedua terbesar dan mempunyai aset terkumpul sebanyak 300 juta. Aku join scara rasminya dgn Shamelin pd tanggal 11 januari 2011.Macam-macam tanggapan orang sekeliling bila sebut pasal aku buat business networking. Tp knape mesti majoriti adalah negatif?aku selalu berfikir sebelum cakap ape2.Knapa aku fikir dulu?sbb apa yg kita ckp apabila smpai ke telinga orang lain,memang susah nak 'padam' balik.Kalau taip kat sms atau laptop bleh gak 'backspace atau cancel'.Tp bila dah ckp,minta maaf lah nak tarik balik kata2 tu. Orang akan ingat perkataan yang baik ke tak baik ke yang keluar dr mulut kita smpai bila2 selagi dia tak nyanyuk.Bak kata pepatah,telajak perahu boleh di undur.terlajak kata?korang jawab lah sndiri.Kesimpulan pertama aku nk buat,tlg lah jgn condemn org.Tolong lah jgn suka gelak kt org. Bende tu tak baik,so why not just leave that bad habit.Don't assume that u r perfect..Nak suarakan pendapat boleh,tp guna saluran dan cara yang org boleh terima.Dimana pendapat kite boleh jd kan seseorang itu lebih baik dimasa akan datang.

Berbalik kpd keputusan aku untuk join business networking.Buat masa skrg,aku tak rasa aku buat perkara yang salah. Kepada kawan2 aku yg taknak ikut aku tak de masalah. Aku tak kecik ati pun dan aku tak rugi ape2.Aku cuma berkongsi 1 peluang kejayaan dgn korang.Peluang tak selalu datang dalam hidup kita.So,kalau dah terlepas tu,tunggu la peluang tu dtg lain kali.Itu pun kalau dia nak datang.Tp kpd kwn2 yg ikut aku,TAHNIAH!!Aku respect korang sebab nampak apa yang aku nampak. Percaya ape yg aku percaye.Perjalanan kite masih jauh.Usaha masih banyak perlu ditingkatkan,ilmu masih banyak yang kurang merata-rata. Cabaran tak kan berhenti kejar kita.Makin banyak cabaran,makin kuat kite akan jadi,dan semakin terbuka luas peluang untuk kita kejar impian masing2. Anggap cabaran tu 1 vitamin untuk kite jd lebih gagah perkasa.

Aku join dgn Shamelin bkn sbb sape2,tp sbb diri aku sndiri. Aku percaye Tuhan buka pintu hati aku untuk menda ni. Kalau tak kenapa aku ditakdirkan pergi ke program Usahawan Pintar di dewan mara kangar tu?semua yg terjadi ada sebab dan hikmah di sebaliknya. Itu aku pegang dr dulu lg bila aku ditimpa musibah atau apa2 peristiwa.Mula2 aku cuma teman rakan nk pegi.Tp last2 aku pun terbukak hati dan minda untuk join sama.Terime kasih pd kwn aku Haslina sbb ajak aku teman.

Alhamdulillah aku dilahirkan dgn 1 kelebihan iaitu hati aku bercakap.Aku dpt rasa sesuatu tu tenaga positif atau tenaga negatif.Alhamdulillah Tuhan dah bg,aku bersyukur.Aku bkn mudah nk percaya kata2 org.Hobi aku memg wat penilaian.Dari A smpai Z.Pendek kata semua benda aku akan nilai dari pelbagai sudut. Lg 1,bila aku dpt tau ape2,aku akan siasat.Dan kalau nak halang aku wat ape2,bg aku fakta dan logik. InsyaAllah bila ada dua perkara tu,aku akan ikut nasihat korang.

Dalam hidup aku,aku sedang mempraktik kan 1 cara yg mudah sgt.Iaitu BLACK & WHITE.only BLACK & WHITE .Only YES or NO. Life will be more simple and less pressure.Believe me..Try it..

Semenjak jd pelajar dan business girl (women cam tua sgt plak),aku semakin pandai membahagi masa dan gunakan masa dgn lebih bijak. Mcm aku kata td,msti akan ada himahnya setiap apa yg kite lakukan. Bak kata Encik Sifu aku iaitu Abg Paijan,Alasan tak kan bg kite ape2.Alasan lah yg selalu wat kite gagal. Aku suke gile kata2 tu. Kata2 tu byk wat aku sedar betapa byk nya aku wat alasan sebelum ni.Ayaiyaii...

Untuk berjaya kite kena jd org yg kuat.Bukan kuat mcm ultraman,tp kuat dr segi mental dan fizikal.Disamping itu,akhirat tolong jgn lupa.Aku bkn nk ckp aku baik,tp kita sesama Islam tolong lah ingat2 kan di antara kite.Kite sering lupa,alpa dan lalai.Jgn buru kesenangan dunia sehinggakan lupa kesenangan akhirat. Walau ape pun,Islam adalah pendinding kita dr semua perkara yg tak perlu dan tak penting. Paham2 lah sndiri ape yg  tak perlu dan tak penting tu.